Salam sejahtera dan bahagia buat semua pengunjung dan selamat bertemu kembali..semoga semuanya berada dalam keadaan tenang dan sihat ...
Masa berlalu bagaikan angin .. ianya terus hadir dan kemudian berlalu begitu cepat detik demi detik..tanpa sedar kini dah sampai ke penghujung tahun... semoga tahun hadapan bermulanya detik rajin mengemaskinikan blog yg sepi ini... :-)
Nak cerita apa ya pada tarikh ini... Baiklah saya nak cerita pasal gambar di atas ini ..Ini ialah penjuru di mana saya meletakkan 'butler tray' dulu.. lama sungguh butler tray itu duduk di sini..sebab itu lah saje ruang yg sesuai untuknya dengan saiznya itu...tapi kali ini terpaksa lah dipindahkan juga dan saya letakkan pula meja bulat yg dahulunya duduk sekian lama di sudut berhadapan pintu masuk.. alasnya tetap dari bahan yang sama...koton merah samar dan di atas nya saya hamparkan kain lace putih dari kedai langsir..
Penemannya ialah sebuah lampu meja berterendak lace berwarna merah samar juga bersisip bunga mawar warna sama..ini ialah lampu berterendak dari lace yang paling nipis yg ada dalam koleksi lampu meja saya... apabila dihidupkan mentol lampu itu cahaya yang memancar agak silau sedikit disebabkan lace yang sangat jarang itu .. bersebelahan lampu meja ini saya susunkan 2 buah bingkai gambar ...
Salah satunya bingkai berwarna krom agak berat dan saya letakkan gambar anak saya sewaktu mereka kecil...saya memang gemar menatap gambar mereka semasa mereka kecil...tak sedar saya tersenyum sendiri.... saya memang selalu rindu gelagat mereka waktu itu....bila rindu itu datang pasti ada kesayuan menetap seketika di hati....apapun kita kena redha dengan hukum alam dan hukum adat... dari seorang bayi akan berubah menjadi kanak-kanak..dan kemudiannya dewasa.....sekarang bila sudah mencapai usia begini.....baru saya faham kata-kata arwah emak dulu...... Bingkai krom itu saya temankan bersebelahannya dengan bingkai warna merah samar juga yang saya beli lama dulu dari Romantika...bingkai yang ini saya tidak meletakkan apa-apa gambar pun sebab dia dah cantik begitu tanpa gambar...
Dan bahan dekor terakhir saya letakkan di situ ialah kotak tisu bersarung lace juga..dari warna sama.. merah samar juga..dah namanya blog merahsamar tak aci la kalau letak warna lain kan...hehehe..lace sarung kotak tisu ini agak lembut dan sangat nipis..harganya pun tak mahal..walau ianya nipis saya sangat suka.... :-)
Tapi kali ini latarbelakang gambar agak gelap...saya pun hairan padahal semasa saya merakam gambar ini semua lampu di ruang tamu saya pasang..berkali-kali buat pun gelap juga...tapi tak apa lah sesekali tengok gambar gelap ni cantik juga kan..suka dan seronok pulak...rasa tenang dan nyaman...ringkasnya rasa macam nak sambung tidur aje...hehehe... :-)
Baiklah sampai setakat ini dulu catatan saya ...semoga berjumpa lagi di lain masa dalam keizinan dan rahmat Allah Yang Maha Esa.. sampai jumpa lagi....salam ceria dan selamat mengemas dan menghias !!
.
