harga sebiji RM 2 je...hehe..
Salam sejahtera.......
Hari ini kemaskini gambar-gambar dalam folder terjumpa pula gambar masa mula-mula nak memenuhkan rumah dengan hiasan ala inggeris....masa beli barang-barang ini rumah saya masih kosong lagi...syukur lah masa itu suami saya memberi sokongan sepenuhnya dan sama-sama memilih hiasan yang digemari...semua barang ini saya dapatkan di SSF kecuali balang silinder tu aje di JJ...
Waktu itu seronoknya tak terkata macam dapat apa aje padahal barang tu biasa- biasa aje...macam-macam idea nak hias itu dan ini ..survey macam-macam perkara di google...kumpul maklumat , simpan macam-macam jenis gambar hiasan berasaskan warna putih dari luarnegara sebagai contoh dan perbandingan....tapi memang agak sukar nak ikut bulat-bulat sebab budaya , jenis dan kualiti barangan di pasaran ,cara, persepsi dan cuaca memang tidak sama...nanti kalau ikut bulat-bulat tiada identiti pula kan...(alasan je kot...hehe)
Cuma yang sangat saya terikut ialah gaya mereka menggunakan crochet sebagai hiasan...saya memang minat sangat crochet...itupun saya menggayakannya dengan cara saya...benda sama tapi aplikasi tetap berbeza kerana pemikiran dan idea kita tidak sama...selain dari itu yang agak sukar nak ikut ialah melalui fabrik seperti koton bunga-bunga kecil dan lace yang cantik-cantik yang mereka miliki.....meleleh air mata tengok ...hehe.....Ok sampai jumpa lagi ye... :-)
.







