Hasil 'hunting' bahan bacaan di kedai buku..kena cukupkan korum kalau tak rugi... :-)Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali...semoga teman-teman yang sering berkunjung ke sini beroleh kesejahteraan ..walau apa jua keadaannya..
Pagi ini selepas selesai menyelesaikan urusan di beberapa buah kedai saya terus meluru ke kedai buku untuk menyempurnakan hajat semalam iaitu mencuba mencari sendiri novel yang disarankan oleh seorang sahabat maya yg halus jiwanya..terimakasih kepada beliau kerana menunjuk dan menyebut beberapa novel yang mungkin membuat perasaan saya teruja dan terbuai apabila membacanya..tempohari suami saya sudah pun berusaha mencarikan novel tersebut di beberapa buah kedai buku sambil meredah hujan namun tak berjumpa juga..Oleh kerana saya fikir saya akan berjumpa novel tersebut sekiranya saya ke kedai sendiri ..maka saya pun terus melangkahkan kaki..
Sampai di kedai buku jawapannya tetap juga serupa ..saya tak bersua pun dengan apa yang saya cari..hehe..haa baru puashati kan kalau tidak dalam hati asyik mendakwa tak sudah-sudah yang suami tak carikan betul-betul.. :-) Saya terus terpinga-pinga menghadap selaut novel-novel kisah cinta dari pelbagai tajuk ,penulis dan penerbit yang tersusun rapi di atas rak-rak buku...
Saya ni bukannya seorang yang romantik sebab itu lah tiada sebuah novel pun yang saya berkenan..kalau orang lain mungkin sudah banyak mereka beli dan dijadikan koleksi ..semasa zaman persekolahan dulu pun saya jarang membaca novel...kalau ada pun itulah beberapa novel yang saya ingat tajuk-tajuk nya sampai sekarang... seperti 'Ranjau Sepanjang Jalan' , 'Seroja Masih Di Kolam' , Merpati Putih Terbang Lagi' ...semua jalan ceritanya saya pun dah tak ingat ..Setelah berdiri agak lama hingga kaki terasa lenguh dalam hati saya berkata.. novel apa yang aku nak beli ni kalau tak beli rasa rugi pulak sebab sudah dijanjikan akan dapat 'claim' balik duit untuk beli novel nanti... ;-)
Saya terus membelek satu persatu novel-novel di atas rak tapi kemudian rasa malas pula nak beli apa-apa...dan sekali lagi saya pusing-pusing dalam kedai buku ...saya dapat merasakan keghairahan membaca majalah-majalah sudah tidak seperti dulu lagi.. semakin hari semakin surut dan seakan luntur kerana banyak masa telah digunakan untuk melayari internet ..
Oleh kerana tak mahu juga pulang dengan tangan kosong cari-cari sekali lagi jumpa lah sebuah novel yang saya agak suka bertajuk Alahai Jijah..nak cari benda lain akhirnya terjumpa Jijah rupanya hehe....Novel ini sudah pun dibaca dulu oleh anak perempuan saya dari petang tadi dia asyik tertawa kecil dan tersenyum-senyum sendiri semasa membacanya ...Saya baru baca sedikit tapi saya rasa saya sukakan novel yang ringan ini ...ada kisah sedih tapi banyak yang lucu... :-)
Sampai di sini dulu catatan saya kali ini....Semoga dapat berjumpa lagi di lain masa..sehingga itu sampai jumpa lagi.
.

0 ulasan:
Post a Comment