Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali ...Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja...
Mungkin sebahagian besar kaum wanita tahu apa itu bandana...Bandana ialah sejenis skaf mini penutup rambut apabila ingin bersantai atau membuat kerja di rumah atau saputangan kecil berbentuk segitiga yang selalu kelihatan dipakai di kepala atau diikat dileher sebagai aksesori pakaian ...tapi saya tak pernah buat lah sebab ianya tidak cukup syarat sebagai pakaian menutup aurat..
Bandana lace yang saya ingin nyatakan di sini ialah bandana juga memang dijual sebagai memenuhi fungsi-fungsi di atas dan saya beli pun sebab tertarik akan corak lace nya itu ..selain murah harganya sehelai cuma RM 1.50 sahaja...Apabila terpandang sahaja kepada bandana ini serta- merta idea saya pun terus datang kerana sudah lama saya cari lace ala-ala doili seperti ini yang cantik dan murah-murah sahaja...
Dan di atas para rak 4 tingkat inilah saya gunakannya sebagai doili..rasa suka pula melihat lace bercorak ringkas ini memenuhi setiap para rak besi ..kecuali para yang paling bawah sahaja tiada sebab saya cuma beli 3 ...semasa membeli bandana ini saya tak ingat rak besi ini ada berapa tingkat.. hehe..sampai rumah terkilan juga benda murah apa salahnya beli lebih kan...boleh juga diguna di tempat lain ..apapun tak kisahlah sudah rezekinya dapat 3 helai bukan 4....apapun Alhamdulillah.. :-)
Satu perkara yang menyukakakan hati saya buat masa ini ialah ..2 hari lepas iaitu pada hari Jumaat di kawasan penjuru yang kecil ini baru dipasang plak maka dapatlah saya meletak lampu comel ini untuk menerangi kawasan yang dulunya cuma samar-samar dalam cahaya lampu lain..
Baiklah ye sampai di sini dulu catatan dekorasi untuk hari dan kali ini...Semoga saya terus diberi rezeki dan kesihatan yang baik untuk terus mencatatkan idea dan inspirasi saya di sini...Sehingga itu sampai jumpa lagi...Salam bahagia!
.



0 ulasan:
Post a Comment