Salam sejahtera dan selamat bersua...Alhamdulillah cuaca pada hari ini baik sekali...semoga semuanya baik-baik sahaja..
Hiasan di ruang dinding bersebelahan tangga ini ialah salah satu ruang dinding yang saya gemari...ada masanya saya akan berdiri di tepi dinding ini sambil membelek-belek hiasan yang ada di sini bagi melepaskan lelah melaksanakan kerja-kerja rumah...rasa terhibur sedikit hati ini apabila melihat warna-warna dan bentuk-bentuk yang ada di sini... :-) hilang lah sekejap rasa penat mengemas rumah...
Tiada penambahan hiasan baru di sini..saya hanya gunakan yang lama-lama sahaja....kesemuanya masih saya suka dari kepelbagaian bentuknya,warnanya dan corak bunga-bungaannya yang terhimpun bersama menjadi satu kumpulan penceria hari saya...kemudian saya iringkan lagi kesemua hiasan itu dengan menambahkan beberapa cawan comel dari koleksi porselin lama bertambah meriah rasanya kononnya nak nampak lagi 'vintage' la tu...hehe
Baiklah sampai di sini dulu coretan saya kali ini....Sehingga itu sampai jumpa lagi... :-)
.



0 ulasan:
Post a Comment