Friday, 8 July 2011

Mempelbagaikan Kegunaan Motif Paper Napkin






Salam sejahtera dan ceria buat semua teman-teman pengunjung di hari Jumaat yang mulia ini...semoga berbahagia di hari ini dan hari-hari seterusnya...


Terkini minat baru saya tertumpu pada mengumpul bingkai gambar putih pula..tak taulah kenapa suka benar dengan objek ini..mungkin bagi kebanyakn orang ianya suatu objek yang sangat sesuai menyimpan pelbagai kenangan lalu ..Bak kata orang sekeping gambar boleh menceritakan seribu kisah..:-)

Bingkai-bingkai gambar yang saya miliki ini pula akan saya cuba mengubah fungsinya sebagai hiasan sahaja...ada pelbagai paten bingkai gambar dalam simpanan saya..kali ini saya cuba mengguna 2 bingkai dahulu dengan mengubahnya sebagai hiasan ...biasanya untuk mendapatkan gambar-gambar roses yang cantik akan melibatkan masa yang panjang...sehingga suatu masa tertentu barulah dapat gambar roses yang cantik yang saya inginkan..

Oleh itu buat masa ini saya mencuba menggunakan motif roses yang sudah sedia tercetak pada napkin kertas ini...almaklum kalau pandai melukis tu berbaloi juga boleh conteng-conteng di permukaan bingkai gambar ini...hehe...Nampaknya boleh lah tahan cantik juga...dan kemudian bingkai-bingkai gambar ini saya letakkan di atas kabinet televisyen sahaja...

Sehingga itu sampai di sini dulu coretan kali ini sebelum itu ingin saya kongsikan serangkap ayat yang saya inspirasikan pagi ini...

"Serumpun bunga berdaun lebat tidak hanya ada daun tapi di sebalik dedaunnya yang lebat itu tanpa disedari terdapat banyak bunga yang kembang mekar...apabila bertemu dengan sekumpulan bunga ini jangan lupa memetiknya sebelum mereka layu ke bumi" ...

Sampai jumpa lagi.... :-)



.

2 ulasan:

  1. Idea yang bagus....pakai tisu decoupage....lagipun cantik2 juga roses yang ada tu...

    ReplyDelete
  2. ye la zures..banyak corak-corak roses yang menarik pada napkin kertas ni...

    .

    ReplyDelete