Salam sejahtera, selamat pagi dan selamat kembali...semoga semuanya beroleh keadaan yang baik-baik sahaja
Kalau dikira-kira entah berapa kali saya mengubah hiasan dan kedudukan sepasang kerusi rotan ini tetapi dia berpusing-pusing di satu kawasan yang kecil sahaja tak jauh pun perginya..Terawal dari ini semasa mula-mula membelinya saya letak di anjung dan masa itu kekal dengan warna asal rotan..
Selepas suatu masa yang agak lama duduk di anjung saya pindahkan ke dalam di ruang berhampiran tangga di sisi tingkap pula dan setelah sekian lama berkeadaan warna asal kerusi ini disembur cat putih ...rasanya saya lebih berpuashati kerusi ini berwarna putih dari warna asal rotan dan kemungkinan suatu hari nanti saya teringin megubah warnanya kepada hijau pula...
Terkini saya susun pula kerusi ini di tepi tangga...kusyen yang saya letakkan di atasnya agak kecil sedikit dan saya terfikir juga kalau digantikan dengan yang lebih besar sebagai penyandar nampak lebih menarik dan selesa tapi buat masa ini belum berjumpa lagi..alas tempat duduknya saya alaskan dengan 'quilt' yang sangat popular diguna masakini sementara saya menunggu alas dari benang kait dari campuran warna pink lembut dan putih yang saya tempah disiapkan.
Meja sisi bulat yang kecil dan rendah ini pula saya hamparkan di atasnya dengan sehelai alas meja putih segiempat sama bercorak' battenburg lace' ..Oleh kerana saiz meja ini kecil dan kedudukannya tidak berapa mantap saya hanya mampu meletakkan di atasnya dengan hiasan yang ringan iaitu bakul putih berbunga pink kecil-kecil dan apabila jatuh tidak pecah dan membahayakan sesiapa yang bertandang ke rumah....
Sampai di sini dulu catatan dekorasi saya hari ini...sehingga itu sampai jumpa lagi..
.



0 ulasan:
Post a Comment