inilah bunga rose pink classic dari pokok rose yang suami saya beli dan tanam Salam sejahtera dan selamat bersua lagi...semoga hari ini cuaca terus cerah selepas hujan yang turun sangat lebat tengah malam tadi....
Hari ini catatan saya tentang hobi mengumpul 'frame' lagi...kegemaran mengumpul 'frame 'gambar ni masih belum pudar..asal nampak cantik dari segi corak ,bentuk dan warnanya dan harganya juga berpatutan saya akan bawa ianya pulang...bentuk-bentuk serta corak-corak 'frame' gambar yang cantik ini kalau tidak diletak gambar pun sudah sedia cantik dan sudah boleh menjadi satu bahan hiasan sebagai pelengkap hiasan-hiasan kita yang lain...
Bingkai gambar berwarna pink lembut ini ialah koleksi bingkai gambar terbaru dalam simpanan saya..selain bentuk dan warnanya yang lembut saya juga menyukai corak roses yang disusun kemas dan cantik pada bahagian atasnya...warna pink rosesnya pun samar-samar sahaja...Betapa pun ia tidak diletakkan gambar namun ianya tetap cantik begitu sahaja...
Sesampai di rumah cepat-cepat saya hiaskannya di atas para rak besi rendah di sisi meja konsol betul-betul di bawah simbahan cahaya lampu meja berwarna putih...refleksi simbahan cahaya putih ini menampakkan lagi keserian warnanya yang lembut dan santai...
Semasa saya merakamkan gambarnya saya temankan ia dengan 2 kuntum mawar pink classic hasil tanaman suami saya beberapa hari lepas..Oleh kerana kami membeli pokok roses yang sudah besar untuk ditanam di atas tanah maka pokok rose itu sudah sedia ada beberapa kuntum roses dan kudup-kudupnya....Oleh kerana tak mahu bunga itu layu nanti saya pun ambillah bunganya...baunya sangat harum sampai layu pun baunya masih bersisa..emmm..segarnyaa.. Syukur Alhamdulillah...
Baiklah teman-teman yang budiman sampai di sini dulu catatan saya...sehingga itu semoga sampai jumpa lagi di suatu masa yang lain pula...
.

0 ulasan:
Post a Comment