Monday, 27 June 2011

Mangkuk Tureen Pink


Salam bahagia buat semua dan selamat sejahtera..Alhamdulillah bersua kembali..Didoakan semuanya baik-baik sahaja ye..


Mangkuk pink rosa bertutup ini ialah poselin jenis lama juga ..2 darinya keluaran J&GMeakin ...kedua-duanya memiliki paten yang berbeza...yang satu lagi tu yang duduk di hadapan sekali keluaran JBrothers... walaupun tiada corak apa-apa saya tetap suka .. cantik aje saya tengok...masa kecik-kecik dulu tak pernah nampak sesiapa pun guna mangkuk ini... yang saya pernah nampak cawannya sahaja iaitu milik arwah emak...Oleh kerana warna pinknya itu lembut dan menarik maka minat itu terus berjangkit-jangkit pada pinggan mangkuknya pula... :-)

Mangkuk-mangkuk ini saya susun di kabinet dapur sahaja...sekali sekala sahaja digunakan bila terasa nak menikmati hidangan dalam satu suasana yang lain... :-)

Baiklah sampai di sini dulu ...sehingga itu sampai jumpa lagi... :-)



.

2 ulasan:

  1. wahhhh.. inna dah ada 3 biji tureen pink. Ni yang buat akak jeles. Mmg cantik. Akak belum ada lagi. Insyallah, adalah rezeki akak nanti.. between harganya tu, boleh tahan kan..

    ReplyDelete
  2. cantik kan kak ida tureen ni walaupun dia polos tiada bunga...rasanya masih ada lagi dijual benda ni kak ida..tapi harganya sekarang memang dah tinggi tak macam dulu-dulu saya beli..

    .

    ReplyDelete