Friday, 24 June 2011

Bingkai Gambar Mini Bentuk Oval..

sepasang bingkai gambar oval putih bercorak ala victorian berbunga rose yardley..




Salam pertemuan di hari Jumaat yang berkah dan mulia ini buat semua teman-teman...Diharapkan semuanya sihat-sihat sahaja..

Bingkai gambar atau 'frame' mini bentuk oval ini ialah antara koleksi yang ada dalam himpunan bingkai gambar yang saya ada...saya mengumpul bingkai-bingkai gambar berwarna putih dalam pelbagai saiz ,corak dan bentuk..saya mendapatkannya di merata-rata kedai yang saya jumpa yang ada menjual bingkai putih ini...

Bingkai bentuk oval bercorak ala 'victorian' ini kecil dan comel sahaja dan lebarnya lebih kurang 5 inci..Ianya sesuai untuk jadi pelengkap hiasan-hiasan lain yang lebih besar ..saya memang merancang meletak gambar rose di dalamnya untuk mencantikkan lagi rupa bingkai oval ini...

Sudah puas saya mencari tak berjumpa gambar rose bersaiz yang lebih sesuai..Bila suatu hari saya membeli sabun rose pink keluaran Yardley , idea pun datang bilamana saya terlihat di kotak sabun Yardley itu ada gambar sekuntum rose pink bertangkai dicetak di kiri kanan kotak sabun...saya pun terus teringat bingkai oval yang ada di rumah...apalagi cepat-cepat la beli ..beli satu dapat 2 keuntungan.....selain sabun pink yang berbau wangi dan segar kotak pembalutnya pun berguna juga...hehe...saya hanya menggunting sahaja gambar rose pink pada kotak sabun mengikut bentuk oval dan kemudian masukkan ke dalam bingkai ...cukup mudah , cepat dan murah sahaja tanpa perlu tambah apa-apa lagi dan hasilnya pun memuaskan juga...

Baiklah sampai di sini dulu catatan dekorasi buat kali ini ..Kalau anda peminat dan penggemar bunga rose segar bolehlah singgah di sini...santai-santai membaca kisah bunga rose hidup saya pula... :-) Sehingga itu sampai jumpaa lagii...


.

2 ulasan:

  1. Asaalamualaikum,

    Kak Merah Samar, saya afazan dr akhbar Kosmo. Saya ada beberapa kali belek blog2 akak ni, n rasa sgt sesuai kalau nk dimasukkan dalam akhbar Kosmo. Saya try cr private emel or phobe number tp x jumpa. Kalau akak berminat, hubungi saya ya. Saya berharap sangat akak sms/call saya

    Afzan

    afzan.kasiman@gmail.com
    017-2063909

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam Afzan..

    Terimakasih singgah di blog ini dan merakamkan komen...insyaAllah nanti bila sudah bersedia akak akan beritahu Afzan ye...Terimaksih sekali lagi kerana sudi mempelawa ..jemput singgah lagi.. :-)

    .

    ReplyDelete